
Sejak dahulu lagi masyarakat digemparkan dengan isu pencapaian dan kebolehan pelajar melayu di institusi pengajian tinggi. Kata-kata seperti pelajar melayu lesuh, pelajar melayu lemah, pelajar melayu gagal bersaing dan sebagainya sering dibahaskan di media massa. Meskipun pelbagai usaha telah diambil namun peratusan pencapaian yang diharapkan masih lagi gagal mencapai sasaran. Dewasa ini satu lagi kebimbangan berlaku apabila statistik menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya sampai bilakah pelajar Melayu yang beragama Islam ini mesti mengambil sikap sambil lewa, main-main dan acuh tidak acuh. Kenapa pelajar ini tidak sensitif apabila bangsa mereka dipanggil sebagai bangsa subsidi?. Sudah terhapuskah semangat dan perjuangan untuk memartabatkan bangsa (Melayu) dan agama? (Islam). Untuk menyalahkan bangsa lain sememangnya tidak wajar sebab mereka berjaya hasil titik peluh, kerja keras, semangat, dan disiplin yang tinggi. Mereka bukannya berjaya berjaya dengan merampas hak Melayu secara tidak adil. Persoalannya sekarang kenapa pelajar Melayu-Islam ini mesti berfikir kurang dari kebolehan yang ada, berusaha kurang dari kemampuan yang ada, belajar kurang dari kebolehan yang ada, berusaha kurang dari kemampuan yang ada, dan akhirnya berpuashati dengan pencapaian kurang dari potensi sebenar mereka?.
Cuba renungi perkara berikut sekiranya keputusan peperiksaan anda cemerlang, maka:
Anda mudah untuk ditawarkan biasiswa.
Anda akan ditawarkan kerja walaupun anda masih lagi belajar.
Anda boleh memilih kerja dan memilih gaji anda.
Anda akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.