
Pada tanggal 22 Mac 2009, mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang keempat, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah menyampaikan ucapan beliau dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Ucapan beliau yang bermula lebih kurang pada pukul 10.45 pagi telah menyentuh pelbagai aspek bangsa dan politik masakini, beliau juga bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu kecil tentang bagaimana seorang lelaki tua telah ditendang jatuh dari basikal oleh seorang askar Siam hanya disebabkan lelaki tua itu tidak berhenti dari mengayuh basikal dan berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan Siam sewaktu negeri Kedah diberikan kepada kerajaan Siam sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu. Di atas kesedaran inilah, beliau telah menanam azam beliau untuk terus membela bangsa Melayu. Beliau juga telah berkata bahawa orang Melayu sekarang telah ditindas oleh bangsa lain yakni bangsa Cina dan India malah orang Melayu juga telah digelar sebagai kaum pendatang sedangkan kita semua yakni orang Melayu merupakan penduduk asal peribumi di Tanah Melayu yang merdeka ini. Beliau juga telah berkata bahawa bangsa lain jangan la mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu serta hak ketuanan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri iaitu Tanah Melayu, ini kerana orang Jepun sudah ada tanah Jepun (negara Jepun), orang Korea sudah ada tanah Korea (negara Korea), orang Cina sudah ada tanah Cina sendiri (Negara China), dan orang India sudah ada tanah mereka sendiri (Negara India). Jadi, apa salahnya sekiranya orang Melayu ingin mengekalkan tanah serta hak mereka di bumi mereka sendiri??..tanah air kelahiran mereka sendiri??. Apa yang berlaku kini, laungan tanah Malaysia untuk orang Malaysia hanyalah gimik serta polemik oleh sesetengah parti politik serta individu yang mempunyai kepentingan. Tun Mahathir juga berkata hasil keringat pemimpin politik terdahulu seperti Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah bermurah hati dengan memberikan secara percuma sebanyak satu juta kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang merupakan kaum pendatang ketika itu, Tunku berbuat demikian kerana baginda mahu rakyat Malaysia yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu dan membina negara Malaysia dengan jayanya sejak Malaya (kini Malaysia) memperolehi kemerdekaan dari kerajaan British. Selain daripada itu, beliau juga telah menyentuh perihal tentang gejala politik wang yang semakin berleluasa dan beliau juga telah menerangkan tentang bahana serta musibah yang akan menimpa bangsa, agama, dan negara sekiranya politik wang akan terus berlaku dan berleluasa. Ini kerana, para pemerintah yang naik ke atas dengan hasil sogokan wang dan harta akan mempunyai jatidiri yang amat lemah dan tidak mempunyai perasaan dan tanggungjawab untuk membela bangsa dan tanahair mereka sendiri. Malah, apa yang akan berlaku suatu hari nanti ialah para pemimpin yang duduk berkuasa di atas hasil daripada wang sogokan kelak akan dikuasai oleh para penyogok (perasuah). Justeru itu, Tun Mahathir telah berkata yang boleh mengubah diri kita sendiri adalah diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Masa depan kita bangsa kita (bangsa Melayu) terletak pada tangan kita (bangsa Melayu) sendiri dan jangan la kita menjadi sebagai seorang pemimpin yang sanggup menjual serta menggadai maruah serta bangsa mereka sendiri hanya semata-mata ingin merealisasikan kepentingan matlamat diri sendiri yang masih belum terlaksana. Tun Mahathir mengakhiri ucapan beliau dengan linangan air mata (Ini kerana beliau sungguh menyayangi bangsa beliau yakni bangsa Melayu).

No comments:
Post a Comment