Wah wah..akhirnya Kerajaan bertegas juga ke atas akhbar2 pemutar belit ini..dengan menggantung permit lidah rasmi PAS (Harakah) Dan PKR (Suara Keadilan) selama 3 bulan sejak 2 hari yang lepas sedikit sebanyak dapat membendung ideologi2 pembangkang yang sempit lagi tersepit ini, tindakan tersebut yang dilakukan oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar (Anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar-Singa UMNO) adalah suatu tindakan yang tegas lagi bernas. Ini kerana kedua2 akhbar tersebut telah melakukan pelbagai percubaan untuk memesongkan fikiran rakyat terutamanya ketika menjelang pilihanraya2 tidak kira la semasa pilihanraya kecil mahupun pilihanraya negara. Segala tindakan pemimpin Kerajaan dipersoalkan dan ditaburkan fitnah tanpa usul periksa, selain daripada itu, mereka juga telah melanggar peraturan perjanjian yang telah mereka tandatangani dengan menjual kepada orang awam dan bukannya dijual di markas2 dan juga di bilik2 gerakan parti mereka. Justeru itu, saya amat berbesar hati sekiranya YB Tan Sri Syed Hamid Albar merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri terus menggantung permit kedua2 akhbar terbabit ataupun terus mengharamkan kedua2 akhbar tersebut selama2nya demi kemaslahatan rakyat kita semua. Saya berdoa agar pilihanraya kecil akan datang yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai akan berpihak kepada Barisan Nasional kerana Barisan Nasional telah memberikan kita pelbagai faedah dan projek2 pembangunan demi kesejahteraan rakyat, parti pembangkang hanya tahu mencari kesalahan Barisan Nasional tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak melakukan apa2 perkara yang membantu rakyat tetapi apa yang berlaku adalah mereka seringkali bermain2 dengan politik murahan mereka yang di mana hanya layak dipersembahkan di tepi2 jalan atau kaki2 lima yang dipenuhi sampah lagi busuk. Masakan tidak mereka sanggup berteriak dan terjerit2 sambil menghamburkan kata2 yang tidak masuk akal hingga sanggup berbaring di atas jalanan dan menunjukkan sikap tidak matang mereka kepada Sultan mereka sendiri (ini semua disebabkan mereka tidak belajar tentang sejarah dahulu)..saya mendoakan semoga orang2 seperti ini akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. agar mereka dapat mendahulukan akal mereka lebih daripada perasaan mereka sendiri. Nik Aziz pernah berkata bahawa orang UMNO adalah Orang Utan tetapi beliau eh silap..dia dan pengikut2 dia lagi menyerupai tindakan dan sifat seperti Orang Utan. Ini boleh dibuktikan apabila para pengikut dia yang ekstrim telah berbaring di atas jalan raya seperti kera yang tidak ada rumah untuk tinggal sedangkan mereka adalah manusia yang dikurniakan akal yang waras, pakai serban putih tapi x menunjukkan sikap seperti seorang Islam yang hatinya putih lagi bersih..wallahualam..
No comments:
Post a Comment